Memaparkan catatan dengan label hindustan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hindustan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2013

Tu Hai

Dari filem Besharam (Tak Tau Malu)...

 

Pelakon, Rabir Kapoor dan Pallavi Sharada... Suara oleh Sreya Ghosal...

Sabtu, 9 November 2013

Satyameva Jayate - Sakhi

 

Rancangan dihoskan oleh Amir Khan.... Penyanyi, Meenal Jain. Gubahan lagu Ram Sampath...

Rabu, 23 Oktober 2013

Masakkali

Dari filem Delhi... Just be happy tak payah peduli kepada orang lain. Hidup sahaja dengan cara dan dunia kita. Biar lah apa orang nak cakap. Menari! Menyanyi! Yeah ~

 


Yuhin Chala Chal Rahi

Dari filem Swadesh lakonan Shah Rukh Khan yang aku benci...

 

Suara satu dalam itu macam suara Kailash Kher. Satu lagi tak pasti...

Selasa, 26 Mac 2013

Dal Chana dengan Timun



 

Video resipi masakan Hindustan ini adalah ihsan puan Tarla Dalal...

Jumaat, 8 Mac 2013

Sapnon Se Bhare Naina

 

Filem: Lucky by Chance
Penyanyi: Shankar Mahadevan
Tahun: 2009
Pengarah: Zoya Akhtar
Pelakon Utama: Farhan Akhtar
Negara: India

Khamis, 24 Januari 2013

Sambandhii - Perhubungan

Dalam bahasa Hindustan, perkataan sambhandii digunakan bagi makna hubungan persaudaraan. Ini dari bahasa Sanskrit dan aku malas hendak mencari asal-usul kata lagi. Mari lihat perbendaharaan kata dan cuba lah gunakan dalam percakapan seharian. Tak perlu rasa malu, bila kita bercakap bahasa HIndustan. Kita adalah orang Hindustan....

Maataa Ibu
Pitaa Bapa
Chaachaa Bapa saudara
Chaachii Ibu saudara
Daadaa Datuk
Daadii Nenek

Pati Suami
Patnii Isteri
Putre Anak lelaki
Putrii Anak perempuan
Behen Saudara perempuan
Bhaii Saudara lelaki

Contoh ayat:

1. Meraa bet'aa wakiil hai.
    Anak lelaki ku adalah seorang peguam

2. Yeh hamara purvajong kaa ghar hai.
    Ini adalah rumah nenek moyang kami.

3. Hum sabse acche dost hai.
    Kita adalah sahabat terbaik.

Madari

 

Penyampai lagu: Sonu Kakkar dan Vishal Dadlani
Terbitan: Clinton Cerejo
Lirik: Manoj Yadav
Studio: Coke di MTV Musim Kedua

Rabu, 26 Disember 2012

Kaise Main Kahoon - Kailash Kher

 

Maksud judul lagu "Bagaimana Boleh Aku Beritahu Aku Jatuh Cinta" nyanyian dia oleh Kailash Kher lah. Muzik video depa ni aku suka pasal dia menunjukkan tentang kehidupan orang-orang biasa di India Utara serta lagu-lagu dia pun tak ada lah menyakitkan hati. Selain itu, muzik video depa pun berkualiti dan cantik.  

Tu Kyaa Jaane - Kailash Kher

 

Maksud judul lagu kau apa tahu? Muzik video depa nampak pementasan untuk Ramayana Swetambaraya pula, hahaha. Malas aku nak taip lirik rumi dia. Kalau aku rajin atau teringat nak bubuh aku boh la.

Allah ke Bande Hasde - Kailash Kher

 

Tajuk lagi ni bermaksud Hamba Allah Senyum Lah Sikit. Ditujukan untuk loser-loser seperti aku di luaq sana, hahaha. Susah mana pun hidup kita, itu semua bukannya sesuatu yang benar pun. Kita nampak sahaja macam susah. Jadi dalam apa keadaan sekalipun kita tetap senyum menerima dan melalui segala perkara mendatang dalam hidup ni.

Dilruba - Kailash Kher

Ni dari Kailash Kher. Antara penyanyi India Utara, aku minat ke dia ni jugak. Dilruba makna dia buah hati. Ada setengah perkataan dalam lagu-lagu Hindustan depa bercampur-aduk. Ada yang aku paham, ada yang aku tak paham. Yang tak paham tu aku kena tanya lah kepada kenalan-kenalan aku, budak-budak Hindustan yang keja di kedai mamak JS Maju sana pasai depa orang India pure, haha.

 

Dengan aku, tak ada mainstream Hindustan semua. Tak ada Shah Rukh Khan. Aku memang generasi 80-an dan 90-an zaman filem Hindustan duk ketuk gendang kecik tu. Zaman-zaman Baazigar semua. Tapi aku tak dengar lagu-lagu zaman kuno Hindustan tu. Zaman tu zaman gelap bagi karya-karya seni bahasa Hindustan, hahaa. Yang ni pun cuma muzik video. Bukan muzik video yang cepluk dari filem Hindustan. 

Ahad, 23 Disember 2012

Diljale - Sona Mohapatra

Yang ni memang tulen muzik video, bukan sebahagian daripada filem. Penyanyi nya diperkenalkan Sona Mohapatra dari negara India.

 

Lain masa saja aku buat maklumat pasal penyanyi-penyanyi ini. Kadang-kadang mereka bukannya buat muzik di negara mereka tapi di luar negara. Komuniti orang India atau orang bukan asal India yang bercakap bermacam-macam bahasa India sebenarnya sangat ramai.

Yang bukan keturunan Hindu biasanya keturunan Arab, Parsi atau pun Turki yang berasal dari zaman-zaman pertembungan tamadun. Mereka macam aku jugak boleh paham bahasa-bahasa India sekurang-kurang nya satu bahasa wilayah sebab faktor keturunan dan pergaulan. Jadi hangpa buleh la kelaskan Jawi Pekan tu sebenarnya jenis keturunan mak depa apa na.

Kalu puak Arab Peranakan yang dimasukkan sekali sebagai Jawi Pekan keturunan India atau Tamil Muslim, kami sentap lah. Pasal kami bukan keturunan Tamil. Bukan nak perkauman, cuma nak fakta kita di landasan betul sahaja.   

Azaadiyan

Ini dari filem Udaan. Malas nak buat review filem Hindustan lagi pasal terlampau banyak sangat. Tapi kalau aku ada masa InsyaAllah aku buat la untuk kenangan.

 

Freedoms....Freedoms....
One doesnt get it by asking.....
Freedoms....Freedoms....
One who snatches it, lives....
There are no prisons which can stop rays of the dawn....
There are no eyes which can stop thoughts....
Just waiting for the wings to open and birds are going to take flight of joy....
in the sky....in the sky....in the sky....


Is it the end of the story or a new beginning is in store ????
Is it the new dawn or the night is going to fall ????
Is it the end of the story or a new beginning is in store ????
Is it the new dawn or the night is going to fall ????
Is the coming time going to shelter us ????
Or are we going to find crossroads again ????
Dont have an idea....
Dont have a clue....

Sabtu, 22 Disember 2012

Kun Fa Ya Kun

 

Lagu ni dari filem Rockstar. Tajuk dia Kun Fa Ya Kun, dari bahagian terakhir surah Yaasin. Pelakon dalam video muzik ni Ranbir Kapoor. Bentuk lagu ni jenis lagu sufi yang agak berlawanan dengan jenis puak-puak "salaf". Yang betulnya aku masuk dalam kelompok puak "salaf" tu jugak cuma aku tak ekstrim. Aku dengar tapi aku tak ambik benda ni dalam hati aku.

Pak aku cukup minat filem-filem Hindustan. Dia generasi tahun 50-an sampai 60-an. Kami orang peranakan Arab-India memang suka dengan filem dan lagu Hindustan. Tapi aku bukan orang Penang, aku asal dari Kedah. Sama macam pak aku dan jugak mak aku dua-dua pun berasal dari negeri Kedah. Mak aku keturunan Melayu jadi bahasa di rumah aku bahasa Melayu loghat Kedah. Tuk nenek kami sebelah lelaki bangsa Arab, tapi tuk nenek sebelah perempuan sebelah bapak aku semua bangsa Hindustan dari negeri Gujerat. Mungkin pengelasan bangsa aku, adalah Jawi Pekan atau Jawi Peranakan. Tapi aku lagi selesa anggap diri aku bangsa Arab yang bertutur bahasa Melayu dan faham jugak bahasa Hindustan walaupun tak fasih dah.  

Anyway, jenis lagu ni bukan nasyid sebab nasyid memang strict tak ada muzik dan berbentuk keagamaan. Bukan jugak jenis lagu-lagu na'at ikut puak-puak Deobandi macam kelompok dalam Tabligh. Yang ni lebih kepada pergerakan sufi Barelwi yang majoriti orang Islam di India dan Pakistan ikut. Aku baru ja berubah mazhab ke mazhab Hanbali lepas aku decide nak guna kitab zikir orang Qadiri-Syazili.