Memaparkan catatan dengan label muzik video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzik video. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Jumaat, 9 Ogos 2013

Ninaithu

 

Tajuk Lagu: Ninaithu
Komposer: Shane X'treme
Beat: Shane X'treme
Penyanyi: Thyvya Kalaiselvan ft. Saresh D7 & Shane X'treme
Lirik: D7
Campuran Trek: Boy Radge (Abraham Records)
Arahan: JK Wicky (Ugly Duckling Studios)
Penerbit: Krishnan Kumaran (pembangun Cave Villa)
Studio: Ugly Duckling Studios Sdn. Bhd
Bahasa: Tamil
Negara: Malaysia

Isnin, 15 April 2013

Praanande Naalangal

 

Lagu: Praanande Naalangal
Penyanyi: Yazin Nizar
Filem: Thatthin Marayathu (Sebalik Tudung)
Pengarah: Vinith Srinivasan
Tahun: 2012
Pelakon: Nivin Pauly dan Isha Talwar
Bahasa: Malayalam
Wilayah: Kerala
Negara: India

Selasa, 26 Mac 2013

Idhuthana

 

Judul Lagu: Idhuthaana
Filem: Samy
Pengarah Muzik: Harris Jayaraj
Penyanyi: K. S. Chitra
Pelakon: Vikram, Trisha, Ramesh Khanna, Srinivasa Rao Kota, Vijayakumar, Manorama, Delhi Ganesh
Penerbit: Pushpa Kandasamy
Pengarah: Hari
Tahun: 2003
Bahasa: Tamil
Wilayah: Tamil Nadu
Negara: India

Ahad, 10 Mac 2013

Pareshaan - Ishaq Zadeh

 

Lagu: Pareshaan
Filem: Ishaq Zadeh
Penyanyi: Shalmali Kholgade
Tahun: 2012
Pelakon utama: Parinithi Chopra dan Arjun Kapoor
Muzik: Amit Trivedi
Bahasa: Hindustan-Hindi
Negara: India

Jumaat, 8 Mac 2013

Sapnon Se Bhare Naina

 

Filem: Lucky by Chance
Penyanyi: Shankar Mahadevan
Tahun: 2009
Pengarah: Zoya Akhtar
Pelakon Utama: Farhan Akhtar
Negara: India

Rabu, 20 Februari 2013

Tode Bina Kahani - Sukwinder Singh

 

Tajuk Lagu: Tode Bina Kahani
Penyanyi: Sukhwinder Singh
Filem: Kahaani
Perlepasan: 9 Mac 2012
Pengarah: Kunal Kohli
Pelakon Utama: Vidya Balan
Bahasa: Hindustan dan Bengali
Wilayah Pengambaran: Bengal Barat
Negara: India

Jumaat, 8 Februari 2013

Thapu Yellam Thapu Yillai



Tajuk: Thapu Yellam Thapu Yillai
Filem: Naan
Lirik: Ashmeen
Penyanyi: Santosh Harigharan ft. Aadhi
Tahun: 2012
Negara: India
Wilayah: Tamil Nadu
Bahasa: Tamil

Selasa, 1 Januari 2013

Inni Vendam - Divya Kalaishelvan

 

Penyanyi wanita dia Divya Kalaishelvan. Yang rap dia dan suara-suara latar tu adalah Shane Xtreme, D7 dan Mista Carey. Lirik dia oleh Mista Carey dan D7. Penggubah lagu Shane X'treme. Dirakamkan di studio muzik SCII dalam tahun 2012 yang baru berlalu. Lagu ini dihasilkan rakyat Malaysia dalam bahasa Tamil. Di Malaysia yang sempoinya ada penyanyi-penyanyi bahasa lain seperti bahasa Tamil. Jadi ada banyak pilihan antarabangsa dalam satu negara yang baru wujud. Erm, penyanyi-penyanyi terlibat dalam ni smart dan nampak buleh tahan juga dari segi style depa. 

Rabu, 26 Disember 2012

Kaise Main Kahoon - Kailash Kher

 

Maksud judul lagu "Bagaimana Boleh Aku Beritahu Aku Jatuh Cinta" nyanyian dia oleh Kailash Kher lah. Muzik video depa ni aku suka pasal dia menunjukkan tentang kehidupan orang-orang biasa di India Utara serta lagu-lagu dia pun tak ada lah menyakitkan hati. Selain itu, muzik video depa pun berkualiti dan cantik.  

Tu Kyaa Jaane - Kailash Kher

 

Maksud judul lagu kau apa tahu? Muzik video depa nampak pementasan untuk Ramayana Swetambaraya pula, hahaha. Malas aku nak taip lirik rumi dia. Kalau aku rajin atau teringat nak bubuh aku boh la.

Allah ke Bande Hasde - Kailash Kher

 

Tajuk lagi ni bermaksud Hamba Allah Senyum Lah Sikit. Ditujukan untuk loser-loser seperti aku di luaq sana, hahaha. Susah mana pun hidup kita, itu semua bukannya sesuatu yang benar pun. Kita nampak sahaja macam susah. Jadi dalam apa keadaan sekalipun kita tetap senyum menerima dan melalui segala perkara mendatang dalam hidup ni.

Dilruba - Kailash Kher

Ni dari Kailash Kher. Antara penyanyi India Utara, aku minat ke dia ni jugak. Dilruba makna dia buah hati. Ada setengah perkataan dalam lagu-lagu Hindustan depa bercampur-aduk. Ada yang aku paham, ada yang aku tak paham. Yang tak paham tu aku kena tanya lah kepada kenalan-kenalan aku, budak-budak Hindustan yang keja di kedai mamak JS Maju sana pasai depa orang India pure, haha.

 

Dengan aku, tak ada mainstream Hindustan semua. Tak ada Shah Rukh Khan. Aku memang generasi 80-an dan 90-an zaman filem Hindustan duk ketuk gendang kecik tu. Zaman-zaman Baazigar semua. Tapi aku tak dengar lagu-lagu zaman kuno Hindustan tu. Zaman tu zaman gelap bagi karya-karya seni bahasa Hindustan, hahaa. Yang ni pun cuma muzik video. Bukan muzik video yang cepluk dari filem Hindustan. 

Desi Thumka - Nouman Khalid ft. Osama cum Laude

 

Lagu mengarut ni entah kurun ke berapa punya. Bahasa dia bahasa Punjabi atau buleh jugak bahasa Sindhi. Bahasa Sindhi wujud di Pakistan tapi sebelah India aku tak tahu wujud ka dak. Tokoh Islam yang ada kaitan dengan wilayah Sindhi macam Imam Zaydi bin Ali Zainalabiddin. Ibu beliau berasal dari wilayah Sindh di Pakistan. Beliau ni imam bagi mazhab Syiah Zaydi di Yaman.  

Laiyan-Laiyan - Saad Sultan & Rezwan Anwar

Yang ni lagu dari puak Pakistan. Penyanyi dia macam aku tempek di atas tu la, Rezwan Anwar. Pemuzik gitar dia nama Saad Sultan. Bab muzik memang puak Pakistan tip-top. Tetapi depa mula jadi tertutup dan industri perfileman dan muzik di negara depa menjadi lembap dan hampir pupus langsung semasa zaman rejim pemerintahan Muhammad Zia-ul-Haq. Beliau itu Presiden Pakistan yang keenam. Beliau ni terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang Syariah secara menyeluruh dan serta-merta dalam negara Pakistan. 

 

Tak tahu slot lagu Hindustan di radio Time Highway Radio ada wujud lagi ka dak. Dolu-dolu DJ dia Andy Hakim orang Negeri Sembilan tu ramai peminat, haha. Buleh aku jadi DJ Northern Gate pulak, wakaka. 

Ahad, 23 Disember 2012

Diljale - Sona Mohapatra

Yang ni memang tulen muzik video, bukan sebahagian daripada filem. Penyanyi nya diperkenalkan Sona Mohapatra dari negara India.

 

Lain masa saja aku buat maklumat pasal penyanyi-penyanyi ini. Kadang-kadang mereka bukannya buat muzik di negara mereka tapi di luar negara. Komuniti orang India atau orang bukan asal India yang bercakap bermacam-macam bahasa India sebenarnya sangat ramai.

Yang bukan keturunan Hindu biasanya keturunan Arab, Parsi atau pun Turki yang berasal dari zaman-zaman pertembungan tamadun. Mereka macam aku jugak boleh paham bahasa-bahasa India sekurang-kurang nya satu bahasa wilayah sebab faktor keturunan dan pergaulan. Jadi hangpa buleh la kelaskan Jawi Pekan tu sebenarnya jenis keturunan mak depa apa na.

Kalu puak Arab Peranakan yang dimasukkan sekali sebagai Jawi Pekan keturunan India atau Tamil Muslim, kami sentap lah. Pasal kami bukan keturunan Tamil. Bukan nak perkauman, cuma nak fakta kita di landasan betul sahaja.   

Manasaa

Aku dah ubah tajuk kepala blog ni. Jadi aku akan harung semua sekali bahagian hiburan dan maklumat dalam semua bahasa atau budaya di India, Bangladesh, Nepal dan di Pakistan yang terkena pengaruh Arya Varta.

Jadi baru hangpa tahu benua India purba sebenarnya sangat luas dan moyang perempuan kami keturunan Arya, haha. Yang ini cuma sebahagian kecil sahaja, kalau aku gabung dengan bahagian budaya puak-puak yang terkena dengan pengaruh Hindu macam di Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, China Selatan, Indonesia, Afghanistan dan lain-lain maka sampai bila-bila pun tak akan habis, haha.

Lagu ni berjudul Manasaa bermaksud hati dalam bahasa Telugu yang dituturkan di wilayah Andhra Pradesh di India. Filem yang menampung muzik video ni namanya Yeh Mayaa Chesave. Hero filem ni nama dia Naga Chaitanya manakala heroin dia Samantha. Aku tak buat pasal filem lagi cuma muzik video sahaja. Putih dak pelakon dia? Depa ni masuk dalam golongan India Selatan. Bahasa depa dalam kelompok bahasa Dravidia yang sama dengan kelompok bahasa Tamil. 

 

Lagu yang sama ada dibuat dalam bahasa Tamil iaitu bahasa yang dituturkan di wilayah Tamil Nadu di India Selatan. Bahasa ni ada juga dituturkan di negara aku dan di negara jiran kami, Singapura. Kerajaan ada menyediakan sekolah jenis kebangsaan berdasarkan kepada suruhanjaya pendidikan British sebelum mereka meninggalkan negari-negeri jajahan dan tanah perlindungannya sebelum membentuk negara yang sekarang ini aku pakai passportnya. Tajuk filem versi bahasa Tamilnya, Vinnai Thandi Varuvaaya. Tajuk lagu ini, Anbil Avan. Scene semua sama, cuma pelakon ja lain. Pelakon lelaki bernama Silambarasan atau nama manja dia Simbhu manakala heroin dia Trisya Krishnan. Trisya Krishnan ni keturunan orang Brahmin Tamil.  
 
 

Di negara aku dah ada penyanyi berbahasa Tamil dan juga pembikinan filem berbahasa Tamil tapi mereka mungkin buat tanpa bantuan kerajaan. Kalau ada jenis-jenis drama swasta tempatan dalam bahasa Tamil ini pun, selalu ditayang di waktu-waktu orang dah tidor atau waktu-waktu tengah hari rembang. Aku minat juga tengok filem Tamil dan Telugu. Di India Selatan, filem-filem depa ni agak menyengat juga dan kadang-kadang lagi gila daripada filem Hindustan. Terutama dalam bahagian keagamaan, biasanya tema agama Hindu la.