Memaparkan catatan dengan label india selatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label india selatan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

Innariyathe - Thivaram


Filem: Thivaram
Bahasa: Malayalam
Negeri: Kerala
Negara: India

Isnin, 15 April 2013

Praanande Naalangal

 

Lagu: Praanande Naalangal
Penyanyi: Yazin Nizar
Filem: Thatthin Marayathu (Sebalik Tudung)
Pengarah: Vinith Srinivasan
Tahun: 2012
Pelakon: Nivin Pauly dan Isha Talwar
Bahasa: Malayalam
Wilayah: Kerala
Negara: India

Jumaat, 8 Februari 2013

Thapu Yellam Thapu Yillai



Tajuk: Thapu Yellam Thapu Yillai
Filem: Naan
Lirik: Ashmeen
Penyanyi: Santosh Harigharan ft. Aadhi
Tahun: 2012
Negara: India
Wilayah: Tamil Nadu
Bahasa: Tamil

Selasa, 1 Januari 2013

Yengae Yaen Yidhayam

 

Penyanyi lagu adalah Dr. Burn dari negara Malaysia, Krish dan Prashanthini. Lagu ini untuk landasan filem komedi romantik berjudul Kandaen. 

Ahad, 23 Disember 2012

Manasaa

Aku dah ubah tajuk kepala blog ni. Jadi aku akan harung semua sekali bahagian hiburan dan maklumat dalam semua bahasa atau budaya di India, Bangladesh, Nepal dan di Pakistan yang terkena pengaruh Arya Varta.

Jadi baru hangpa tahu benua India purba sebenarnya sangat luas dan moyang perempuan kami keturunan Arya, haha. Yang ini cuma sebahagian kecil sahaja, kalau aku gabung dengan bahagian budaya puak-puak yang terkena dengan pengaruh Hindu macam di Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, China Selatan, Indonesia, Afghanistan dan lain-lain maka sampai bila-bila pun tak akan habis, haha.

Lagu ni berjudul Manasaa bermaksud hati dalam bahasa Telugu yang dituturkan di wilayah Andhra Pradesh di India. Filem yang menampung muzik video ni namanya Yeh Mayaa Chesave. Hero filem ni nama dia Naga Chaitanya manakala heroin dia Samantha. Aku tak buat pasal filem lagi cuma muzik video sahaja. Putih dak pelakon dia? Depa ni masuk dalam golongan India Selatan. Bahasa depa dalam kelompok bahasa Dravidia yang sama dengan kelompok bahasa Tamil. 

 

Lagu yang sama ada dibuat dalam bahasa Tamil iaitu bahasa yang dituturkan di wilayah Tamil Nadu di India Selatan. Bahasa ni ada juga dituturkan di negara aku dan di negara jiran kami, Singapura. Kerajaan ada menyediakan sekolah jenis kebangsaan berdasarkan kepada suruhanjaya pendidikan British sebelum mereka meninggalkan negari-negeri jajahan dan tanah perlindungannya sebelum membentuk negara yang sekarang ini aku pakai passportnya. Tajuk filem versi bahasa Tamilnya, Vinnai Thandi Varuvaaya. Tajuk lagu ini, Anbil Avan. Scene semua sama, cuma pelakon ja lain. Pelakon lelaki bernama Silambarasan atau nama manja dia Simbhu manakala heroin dia Trisya Krishnan. Trisya Krishnan ni keturunan orang Brahmin Tamil.  
 
 

Di negara aku dah ada penyanyi berbahasa Tamil dan juga pembikinan filem berbahasa Tamil tapi mereka mungkin buat tanpa bantuan kerajaan. Kalau ada jenis-jenis drama swasta tempatan dalam bahasa Tamil ini pun, selalu ditayang di waktu-waktu orang dah tidor atau waktu-waktu tengah hari rembang. Aku minat juga tengok filem Tamil dan Telugu. Di India Selatan, filem-filem depa ni agak menyengat juga dan kadang-kadang lagi gila daripada filem Hindustan. Terutama dalam bahagian keagamaan, biasanya tema agama Hindu la.