Memaparkan catatan dengan label tatabahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tatabahasa. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kata Sifat: Kes Terus

Dalam bahasa Hindi-Urdu, kata sifat terbahagi kepada dua jenis. Satunya yang mufrad dan satu lagi yang jamak. Mufrad tu apa? Mufrad tu tunggal lah. Jamak tu banyak bilangannya.

Kemudiannya, ada pulak pembahagian dua jenis jantina, jantan dan betinanya.

Kata sifat mesti ada di depan kata nama. Macam mana nak tengok jantan betina dia pulak? Tengok kat vokal penghujung bagi kata sifat dan kata nama itu.

Susunannya macam ni:

Mufrad Jantan

Kata sifat (aa) + kata nama (aa)

Contoh kita:

Achchaa kamraa
Bilik yang bagus

Jamak Jantan

Kata sifat (e) + kata nama (e)

Achche kamre
Bilik-bilik yang bagus

--------------------------------------------------------------------

Mufrad Betina

Kata sifat (ee) + kata nama (ee)

contoh:

Acchee ladkee
Gadis yang baik

Jamak Betina

Kata sifat (ee) + kata nama (iyang)

contohnya:

acchee ladkiyang
Gadis-gadis baik

-------------------------------------------------------

Apa nota kita harini?

Kata Sifat ada:

1. mufrad dan jamak
2. jantina laki dan pempuan
3. sebelum kata nama
4. kes terus dan kes oblik

Selasa, 1 Februari 2011

Tatabahasa: Mere, Meri, Mera dan Main

Kita selalu dengaq perkataan-perkataan ni dalam felem-felem hindustan. Dengaq tu paham lah tapi kita tak tahu pulak apa beza nya vokal ujung yang berbeza tu kan? Nah kita bagi contoh dia supaya kita semua paham lah.

mera piya ghaar aaya!
kekasih aku sudah mari rumah!

Tengok kat pengakhir kata nama lepas mera tu huruf apa. Huruf dia "a" jugak. Kata nama dengan huruf "a" di ujung dia, maka nak tunjukkan kepunyaan punya perkataan tu pon ikot vokal ujung kata nama tu.

kaali meri chothi
hitam aku punya si kecil

Huruf alep menandakan bahawa kata nama itu sejenis kata gender maskulin. huruf ya ada titik dua bijik kat bawah tu menandakan gender feminin.

Lagumana pulak dengan mere? Mere selalu guna kat benda2 yang kita respek dan tinggi hormatnya. contoh ayat:

mere waalid
bapak aku

Kalau untuk kutta (anjing) kita tak pakai mere tapi pakai mera.

Mera kutta
Anjing aku

Apa perkataan yang maskulin dalam bahasa urdu?

contoh:

1) piya (kekasih)
2) watan (tanah air)
3) chiriya (bird)

Perkataan yang direspek?

1) ammi jaan (mak sayang)
2) abba (bapak)
3) dil (hati)

Perkataan feminin?

1) kitaab (buku)
2) zindagi (idop)
3) arz (bumi)

Skarang boleh letak mana satu nak guna meri, mera, mere kat contoh? Kena banyak prektis nak bezakan perkataan.

Perkataan main? Maksudnya aku juga.

contoh ayat:

main tumko pasand karta hoong
aku kepada hang berasa suka (minat)

Kalu tarjimah jadi bm dia jadi aku saja. kalu trenslet main jd bahasa inggeris akan jadi I am dan kena tambah perkataan hoong kat belakang skali. Nampak dak dalam contoh perkataan yang bergaris?

Kata hoong berasal dari kata ho-na. ejaan dia ha+waw+nun+alep = hona. maksud dia dalam bahasa inggeris ialah to be. Semua kata ganti diri dalam bahasa Urdu ada kata be verb ni.

ho-na = to be (infinitif)

main hoong (I am)
tum ho (you are)
voh hai (she, he, it is)
hum hain (we are)
aap hain (you all are)
voh hain (those, they are)

Sapa ada dengaq lagu hum saath saath hain? Ni contoh perkataan bagi be verb kata ganti diri hum (kami,kita).

Susunan ayat dalam bahasa urdu kena ikut susunan subjek+objek+kata kerja. Boleh lihat dalam ayat-ayat yang diberikan.

Contoh ayat bahasa Melayu untuk banding dengan bahasa Urdu adalah, dia adik pukul. Dia menjadi subjek ayat, adik adalah objek yang jadi mangsa kena pukul, dan pukul merupakan perbuatan bagi dia yang memukul adik atau objek tu.