Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

Rabu, 26 Disember 2012

Tentang Nepal


Nepal menjadi terkenal ke seluruh dunia dan dalam kalangan pengembara asing apabila ia membuka pintunya pada 1951 selepas lama tertutup kepada orang asing. Kebanyakan orang Nepal yang mungkin kita temui sebenarnya boleh bercakap sedikit bahasa Inggeris, terutamanya yang berasal dari kawasan perbandaran dan kawasan pelancongan popular di Nepal.

Walau bagaimanapun, jika kita ke Nepal melancong akan terasa mudah dan menariklah jika kita belajar bahasa orang tempatan. Di negara kita ini pun, banyak saja kaum ini. Pada mulanya aku pun terikut-ikut dengan perangai perkauman penduduk negara ini tapi dah lama-lama aku rasa macam no point saja. Baik berkawan saja dengan orang yang memang nak berbaik-baik dengan kita. Kalau tak fasih bahasa yang kita belajar pun tak apa. Pasalnya ia membantu kita mendekatkan jurang kebudayaan dan juga memperdalam lagi pengalaman kita dalam masyarakat yang berbeza. Lain padang lain belalangnya.

Masuk hutan merupakan antara kegiatan popular di negara Nepal bagi pelancong. Jika bergerak jauh dari pusat pelancongan, makin susah lah hendak jumpa dengan penduduk tempatan yang bercakap bahasa Inggeris kerana semakin ke pedalaman, semakin hulu lah penduduknya. Semakin banyak kampung orang bukit yang cuma tahu berbahasa tempatan dan berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Nepal.

Bahasa Nepal ini tergolong dalam kelompok bahasa Indo-Arya yang agak berhubung rapat dengan bahasa Hindustan. Ia bukan sahaja bahasa kebangsaan di Nepal, tapi dituturkan juga di Sikkim atau di Darjeeling di India, selatan Bhutan serta kawasan-kawasan di sempadan Tibet. Dalam tahun 1996, bahasa Nepal dituturkan oleh seramai 30 juta jiwa. Sukarelawan Peace Corp dan lain-lain penduduk asing jangka panjang tinggal di Nepal merupakan antara penutur bahasa Nepal dalam kalangan orang asing. Bahasa Nepal menjadi bahasa kedua kepada lebih kurang 50 % penduduk Nepal. Penduduk Nepal berbilang bangsa dan mempunyai 30 bahasa asli yang berhubung sesama sendiri menggunakan bahasa Nepal sebagai bahasa pemersatu. 

Bahasa Nepal ada beberapa jenis loghat. Yang selalu orang belajar, adalah bahasa Nepal resmi yang piawai. Ia difahami di seluruh negara Nepal dan juga di tempat yang ada pendatang dari Nepal. Ia ditulis menggunakan tulisan bahasa Hindustan iaitu tulisan Devanagri. Untuk menulisnya, sama macam tulisan rumi dari kanan ke kiri dan tulisannya dihubungkan oleh satu garis memanjang di atas aksara. Vokal tulisan mungkin terletak di bawah, di atas, dan di sisi-sisi aksara konsonan.

Kebanyakan orang Nepal sebenarnya sangat berbudi bahasa. Mereka jenis yang sopan santun dan tak kacau orang. Ada dua jenis manusia di Nepal iaitu manusia jenis Mongol dan manusia jenis Kaukasian. Orang mereka mempunyai rupa campuran jenis Mongol dan Arya. Tapi bagi wanita yang duk bekerja di premis yang ada pekerja imigran Nepal dinasihati hati-hati pasal hangpa tu perempuan. Ada pengalaman adik aku semasa dia kerja di Papa Rich dengan pekerja Nepal. Kes orang tu, dia tangkap cintan dengan adik aku dan rupa adik aku ni macam rupa pempuan Nepal sebelah kawasan yang muka Mongol. Yang tangkap cintan dengan adik aku tu muka jenis muka orang Hindustan.

Dia duk mesej-mesej adik aku sebab adik aku duk beramah mesra dengan kawan-kawan dia yang lain. Tapi menurut adik aku, dia tak pernah pula sembang dengan kawan psiko yang duk kejar dia. Adik aku kata, kawan-kawan Nepal dia yang lain ok sahaja sopan-santun dan rajin ajar dia bahasa Nepal serta budaya Nepal sambil bekerja. Satu insiden menyebabkan adik aku terkincit-kincit lari balik rumah adalah hari budak Nepal psiko tu ajak dia kahwin, hahahaha. Kebulur adik aku nak kawin dengan orang Nepal ikut balik Nepal. Kawin dengan jantan Korea dia mahu la kot. Kataya maju, hahaha. Tak minat aku Korea-Morea ni. 

Setakat ni hubungan aku dengan kenalan-kenalan Nepal aku baik sahaja. Ada yang pernah tolong kakak aku masa dia nak pindah rumah dengan suami dia. Kami bagi la upah sedikit dan beri minuman sebagai terima kasih. Lepas daripada tolong-menolong tu, kami jadi kawan-kawan pula duk pi market jumpa depa ambil upah potong sayur nak jual. Ada lagi kenalan aku yang mari dari wilayah Himachal Pradesh dan Punjab. Pun ok juga.

Khamis, 29 November 2012

Bahasa Bengali

Suasana di satu kawasan di kotaraya Calcutta di Bengal Barat, India
Hari ini aku cuma mempromosikan bahasa Bengali. Selalunya di negara aku, orang ingat Bengali ni adalah sejenis Singh yang memakai serban sepuluh kilo di atas kepalanya. Sebenarnya itu bukan Bengali tapi orang Sikh dari Punjab. Bahasa mereka adalah bahasa Punjabi. Orang Bengali dipanggil sebagai Bangla saja di sini. Bahasa mereka mungkin diiktiraf sebagai bahasa vernakular di negara aku tak lama lagi tapi kebanyakan mereka lebih berbangga menggunakan bahasa Melayu dengan aku, hahaha...

Bahasa Bengali merujuk kepada bahasa orang dari wilayah Barat Bengal di Kolkata di India dan bahasa orang Bangladesh di sebelah timur. Pendek kata, ia adalah rujukan kepada orang di Teluk Bengal. Bahasa ini dituturkan oleh sekitar 220 juta orang, dan sekarang di negara aku pun ada penutur bahasa ini selain daripada mereka yang tinggal di negara-negara Eropah misalnya seperti di England dan di negara Asia Barat. Ia menduduki tempat keempat sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia. Bahasa ini adalah bahasa rasmi di negara Bangladesh manakala di wilayah seperti Tripuram dan Bengal Barat di dalam negara India, ia menjadi bahasa kewilayahan. 

Sejarah Ringkas

Bahasa Bengali berasal dari loghat Prakrit kerajaan Magadha. Kerajaan Magadha merupakan antara 16 kerajaan agung India purba yang dikenali sebagai Mahajanapada. Bahasa Prakrit Magadha menjadi bahasa rasmi semasa pemerintahan maharaja Asoka (272-231 M). Bahasa itu kini dikenali sebagai bahasa Bengali Lama dan ia menjadi bahasa maju pada sekitar 1000 M, bersama dengan tulisan Brahminya tersendiri. Pada ketika itu, bahasa Bengali diwarnai dengan:

1. तात भावा tat bhava atau perkataan bahasa Prakrit
2. तात सामा tat sama iaitu perkataan dari bahasa Sanskrit. 

Kemudian ia diwarnai lagi dengan perkataan bahasa Parsi, Arab dan Turki apabila wilayah Bengal dimasuki oleh pengaruh agama Islam pada sekitar abad ke-12 M. Apabila orang Eropah mula menjajah Asia 400 tahun kemudiannya. Bahasa Bengali pun mula menyerap perkataan tertentu dari bahasa Inggeris, bahasa Portugis, bahasa Belanda dan bahasa Perancis. Aksara Brahmi Bengal moden diselaraskan pada 1778 bagi memudahkan percetakan. Ia diperbaiki sampai nampak seperti sekarang pada abad ke-19 M.

Bahasa Bengali mempunyai tradisi sastera yang kaya dan boleh dikesan sehingga abad pertama Masehi dengan Charyapada yang merupakan manuskrip nyanyian keagamaan Buddha. Manuskrip ini ditemui dalam simpanan keluarga diraja Nepal dan diterbitkan pada 1916. Sehingga abad ke-19 M, sastera Bengali bertulis dalam bentuk seloka dan matram disebabkan oleh pengaruh teks bahasa Sanskrit dan penjajah Eropah. 

Hari ini, bahasa Bengali mempunyai dua bentuk gaya kesusasteraan:

1. शाधू भाषा shadu bhasha atau bahasa tinggi yang digunakan dalam keraian dan kitab-kitab.
2. चलती भाषा chohlti bhasha atau bahasa pasar menurut kepada loghat Kolkata.   

Sasterawan Bengali

Rabindranath Tagore merupakan salah seorang penulis dan sasterawan Bengali yang terkenal. Beliau menulis banyak esei termasuklah dalam jenis novel, puisi, syair dan skrip teater yang melayakkannya menjadi orang Asia pertama yang menerima hadiah nobel keamanan 1913. Penulisan falsafah keagamaannya itu mengangkatnya menjadi seorang pujangga dari peringkat wilayah ke peringkat benua. Beliau menulis lagu kebangsaan negara India dan negara Bangladesh.

Gerakan Melindungi Bahasa Bengali

Pemisahan Bangladesh dengan Pakistan mungkin tidak memberi kesan kepada penyusunan bahasa Bengali, tetapi ia memberi kesan kepada sesiapa yang bercakap dalam bahasa tersebut. Sebelum ini, Bangladesh telah menyertai Pakistan menjadi Pakistan Timur manakala Bengal Barat menyertai India. Banyak sekali pertelingkahan berlaku dalam pada Pakistan memilih bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa rasmi negara. Akhirnya, bahasa Urdu yang dipilih dan diberikan kedudukan rasmi. Hal ini berlawanan di Pakistan Timur kerana mereka majoritinya berbahasa Bengali. 

Akibat hal ini, timbul pergerakan bahasa Bengali yang agak kuat juga di Pakistan Timur bagi melawan ketidakseimbangan ini. Pertelingkahan sampai ke kemuncak pada 21 Februari 1952 apabila pelajar di Universiti Dhaka ditembak mati ketika mengadakan bantahan bagi menyokong bahasa Bengali. Dua tahun kemudian, bahasa Bengali dijadikan sebagai bahasa rasmi Pakistan. Tarikh 21 Februari dijadikan sebagai hari syahid bahasa bagi Bangladesh dan wilayah Bengal Barat dan ia diisytiharkan oleh UNESCO sebagai hari bahasa ibunda sedunia. Pada 1971, berikutan resolusi Perang Pembebasan antara negara Pakistan dengan rakyat Bengali, Bangladesh dibebaskan menjadi negara bangsa sendiri dengan bahasa Bengali sebagai bahasa kebangsaan. 

Untuk tulisan bahasa Bengali tu, aku menggunakan devanagri untuk bahasa Hindi. Aku tak reti tulisan brahmi Bengali. Aku belajar menggunakan tulisan brahmi Hindustan dan brahmi India Selatan.