Sabtu, 22 Disember 2012

Kun Fa Ya Kun

 

Lagu ni dari filem Rockstar. Tajuk dia Kun Fa Ya Kun, dari bahagian terakhir surah Yaasin. Pelakon dalam video muzik ni Ranbir Kapoor. Bentuk lagu ni jenis lagu sufi yang agak berlawanan dengan jenis puak-puak "salaf". Yang betulnya aku masuk dalam kelompok puak "salaf" tu jugak cuma aku tak ekstrim. Aku dengar tapi aku tak ambik benda ni dalam hati aku.

Pak aku cukup minat filem-filem Hindustan. Dia generasi tahun 50-an sampai 60-an. Kami orang peranakan Arab-India memang suka dengan filem dan lagu Hindustan. Tapi aku bukan orang Penang, aku asal dari Kedah. Sama macam pak aku dan jugak mak aku dua-dua pun berasal dari negeri Kedah. Mak aku keturunan Melayu jadi bahasa di rumah aku bahasa Melayu loghat Kedah. Tuk nenek kami sebelah lelaki bangsa Arab, tapi tuk nenek sebelah perempuan sebelah bapak aku semua bangsa Hindustan dari negeri Gujerat. Mungkin pengelasan bangsa aku, adalah Jawi Pekan atau Jawi Peranakan. Tapi aku lagi selesa anggap diri aku bangsa Arab yang bertutur bahasa Melayu dan faham jugak bahasa Hindustan walaupun tak fasih dah.  

Anyway, jenis lagu ni bukan nasyid sebab nasyid memang strict tak ada muzik dan berbentuk keagamaan. Bukan jugak jenis lagu-lagu na'at ikut puak-puak Deobandi macam kelompok dalam Tabligh. Yang ni lebih kepada pergerakan sufi Barelwi yang majoriti orang Islam di India dan Pakistan ikut. Aku baru ja berubah mazhab ke mazhab Hanbali lepas aku decide nak guna kitab zikir orang Qadiri-Syazili.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan