Jumaat, 19 Ogos 2011

Kata Sifat: Kes Terus

Dalam bahasa Hindi-Urdu, kata sifat terbahagi kepada dua jenis. Satunya yang mufrad dan satu lagi yang jamak. Mufrad tu apa? Mufrad tu tunggal lah. Jamak tu banyak bilangannya.

Kemudiannya, ada pulak pembahagian dua jenis jantina, jantan dan betinanya.

Kata sifat mesti ada di depan kata nama. Macam mana nak tengok jantan betina dia pulak? Tengok kat vokal penghujung bagi kata sifat dan kata nama itu.

Susunannya macam ni:

Mufrad Jantan

Kata sifat (aa) + kata nama (aa)

Contoh kita:

Achchaa kamraa
Bilik yang bagus

Jamak Jantan

Kata sifat (e) + kata nama (e)

Achche kamre
Bilik-bilik yang bagus

--------------------------------------------------------------------

Mufrad Betina

Kata sifat (ee) + kata nama (ee)

contoh:

Acchee ladkee
Gadis yang baik

Jamak Betina

Kata sifat (ee) + kata nama (iyang)

contohnya:

acchee ladkiyang
Gadis-gadis baik

-------------------------------------------------------

Apa nota kita harini?

Kata Sifat ada:

1. mufrad dan jamak
2. jantina laki dan pempuan
3. sebelum kata nama
4. kes terus dan kes oblik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan