Jumaat, 28 Januari 2011

Tegur sapa bahasa Punjabi

Dalam bahasa Punjabi, depa yang beragama Sikh selalu beteguq sapa dengan guna ucapan Satsri'akal. Buat masa ni, aku tak tau apa ke benda maknanya menatang ni. Kalu ada sapa-sapa yang tahu buleh la mai tulung habaq mai no.

Buat masa la aku agak sama la kot macam ucapan Salaam ka Namaste ka Namoshkar ka untuk pengikut agama lain-lain yang berbahasa Hindustan atau bahasa-bahasa India lain.

Pastu aku ada belajaq sikit ni pasai nak tanya habaq bahasa Punjabi. Depa tanya apa habaq, "kee haal aaw? Nak jawab balik, "main thiik thaak hai!" Makna dia macam aku sihat-sihat saja la kot.

Pastu kalu nak tanya orang yang tanya tu balik, kata lah "tuhada kee haal aww?" Macam tu la kot.

Kalu nak kata "nama aku Gurpreet," maka kita kata "mera naam Gurpreet." Nak tanya orang yang tanya nama kita tu pulak macam mana? Buleh kata "tuhada kee naam hai?" Maksud dia lebih kurang macam "hang pulak nama apa?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan