Sejarawan menganggap abad moden India bermula antara tahun 1848 dan 1885. Perlantikan Lord Dalhousie sebagai Gabenor Jeneral mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1848 menandakan perubahan penting India sebagai rantau moden.
Ia termasuklah penyatun dan penandaan kedaulatan, pemantauan pendudukan dan pendidikan penduduk. Perubahan teknologi berlaku juga misalnya ada landasan kereta api, terusan dan telegraf yang diperkenal di India tidak lama selepas ia diperkenal di Eropah. Walau bagaimanapun, banyak juga masalah terjadi semasa beberapa kawasan India ditadbir oleh pihak Syarikat, misalnya berlaku pemberontakan orang India pada 1857. Ia disebabkan oleh kekecewaan dan juga pandangan penduduk bahawa British melaksanakan pembaharuan yang memaksa penduduk India juga menurut mereka, sistem cukai tanah yang menekan penduduk dan juga layanan tak memuaskan terhadap tuan tanah dan rajaputra. Pemberontakan banyak berlaku di wilayah sebelah Tengah dan Utara India dan menggoyahkan pemerintahan Syarikat.
Walaupun pemberontakan berjaya dipadamkan pada 1858, muncul pula masalah baru apabila Syarikat Hindia Timur British mula mengalami pembubaaran dan India diletakkan di bawah pemerintahan kerajaan Britain di England sana. India termasuklah Pakistan dan Bangladesh kemudian berada dalam kesatuan tapi ditadbir secara sedikit demi sedikit menurut sistem Parlimen British, pemerintah pula merupakan kelompok putra raja yang dilindungi serta kaum feudalis yang digunakan bagi mengelakkan masalah ke masa depan. Pada dekat berikutnya, kehidupan awam mula berubah dan ia membawa kepada permulaan gerakan kemerdekaan India.
Ledakan teknologi dan pengkomersilan pertanian pada separuh abad ke-19 masehi ditandakan dengan halangan ekonomi misalnya banyak petani-petani kecil mula bebas menurut kehendak pasaran. Pernah juga terjadi kebuluran besar-besaran walaupun risiko pembangunan infrastruktur yang ditanggung oleh pembayar cukai India dan pekerjaan industri kecil banyak dijanakan oleh orang India sendiri.
Terdapat juga kesan-kesan positif misalnya penanaman tanaman untuk perdagangan, terutamanya di wilayah Punjab yang menerima saliran air yang membawa kepada peningkatan pengeluaran makanan untuk keperluan dalam negara. Jaringan landasan kereta api juga mengurangkan sedikit kebuluran yang teruk di situ, terutamanya mengurangkan kos pengangkutan bagi membawa barangan dan membantu industri yang dimiliki warga tempatan untuk berkembang.
Selepas Perang Dunia Pertama, lebih kurang sejuta warga India berkhidmat dalam angkatan tentera British dan era baru pun bermula. Ia ditandakan oleh pembaharuan oleh British dengan perundangan yang menindas. Ada orang India yang lantang menentang menuntut untuk pemerintahan wilayah mereka sendiri dan juga bermula lah pergerakan ahimsa dan memboikot pentadbiran British dikepalai oleh tuan Mohandas Karamchand Gandhi. Beliau ini nanti menjadi pemimpin pertama India moden dan lambang kepada ketahanan masyarakat India menghadapi era baru.
Pada 1930-an, berlaku lagi pembaharuan perundangan baru yang disahkan oleh British. Kongres Kebangsaan India berjaya mendapatkan undi kebanyakan dalam pilihanraya. India pra-merdeka dilanda oleh krisis iaitu India ditarik bersama untuk terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Kongres Kebangsaan India secara muktamadnya menarik penyertaan India dari kerjasama selain daripada tercetusnya semangat kebangsaan dalam kalangan orang Islam India. Semua ini dipayungi oleh kemerdekaan pada 1947. Tapi berlaku pula pemisahan berdarah di benua India apabila benua tersebut terpecah kepada dua negara iaitu India dan Pakistan!
Penting sekali bagi India untuk menggambarkan dirinya itu sebagai sebuah negara merdeka dengan perlembagaan sendiri, maka pada 1950 India diisytiharkan sebagai negara republik yang berdemokrasi dan sekular. 60 tahun kemudian, India mempunyai rekod kejayaan dan juga kegagalan. Ia kekal sebagai negara demokrasi dengan kebebasan penduduk, Mahkamah Agung yang giat dan juga percetakan yang agak bebas. Kebebasan ekonomi bermula pada 1990 menimbulkan kelompok golongan kelas pertengahan di bandar-bandar, mengubah India menjadi salah satu ekonomi yang pesat berkembang dan menambahkan pengaruh geopolitiknya.
Filem-filem India serta muziknya yang diwakili oleh Bollywood (bahasa Hindi) dan Kollywood (bahasa Tamil), serta ajaran-ajaran rohaninya memainkan peranan penting dalam kebudayaan dunia. Namun begitu, India juga mengalami masalah seperti kemiskinan teruk di bandar dan pedalaman disebabkan oleh keganasan agama serta keganasan disebabkan oleh jati, darurat puak Mao yang dipengaruhi oleh Naxali dan puak pemisah di Jammu Kashmir serta Timur Laut India.
India juga bertelingkah dengan jirannya, China berkenaan dengan pertindihan sempadan yang pernah menyebabkan peperangan Sino-India pada 1962 serta perang dengan Pakistan pada 1947, 1965, 1971 dan 1999. Persaingan senjata nuklear antara India dan Pakistan memuncak pada 1998.

India mengekalkan kebebasan demokrasi dan konsep ini adalah sesuatu yang unik dalam negara-bangsa moden. Walaupun mencapai kejayaan dalam ekonomi baru-baru ini, masalah-masalah yang melanda masyarakat negara tersebut masih belum dapat dicapai sepenuhnya lagi.