Maklumat Umum Hindi Bombay


Bahasa Hindustan Bombay atau loghat Hindi Mumbai merupakan bahasa kacukan di bandar besar itu. Ia menggabungkan perkataan dan sebutan dari bahasa Marathi, bahasa Konkani, bahasa Hindustan, bahasa Urdu, bahasa Gujerat dan bahasa Inggeris. 

Dari segi cabang bahasanya, bahasa Hindustan ini terpengaruh oleh bahasa Marathi yang menggambarkan kedudukan dekat bandar Mumbai dengan kawasan berbahasa Marathi yang lebih luas. Sebenarnya bahasa Hindustan Bambaiyya bukan lah sejenis loghat atau pun bahasa asli tapi cuma sejenis bahasa kacukan. 

Ia merupakan bahasa kacukan antara bahasa Marathi dan bahasa Hindustan dengan kecenderungan untuk meringkaskan tatabahasa bahasa Hindustan yang biasa.

Maklumat Umum

Sementara banyak jenis loghat tempatan berkembang dalam kota raya seluruh dunia, bahasa Hindustan Bombay merupakan sesuatu yang biasa di seluruh negara India kerana pengaruh filem Bollywood. 

Awalannya, loghat ini digunakan oleh golongan orang jahat dan menggambarkan perwatakan samseng. Hal ini kelihatan dalam petikan kata-kata pengkritik wayang gambar Shoma A. Chatterji: 
 "Perfileman India mempunyai kualiti tersendiri kerana watak yang berlainan bercakap dalam pelbagai jenis bahasa Hindustan menurut kepada kedudukan mereka dalam masyarakat, kasta, jati diri masyarakat, pendidikan, pekerjaan, kedudukan kewangan dan lain-lain... Orang jahat dan samseng bercakap dalam bahasa kasar yang khas. Bahasa Hindustan Bombay memenuhi syarat-syarat ini untuk mewakili watak orang jahat dalam perwayangan India".
Sejak akhir-akhir ini, bahasa Hindustan Bombay menjadi terkenal dan glamor rentetan kejayaan filem bertajuk Munnabhai. Watak utama dalam filem ini yang mewakili watak ahli kepada dunia samseng Mumbai bercakap sepenuhnya dalam bahasa Hindustan ini. 

Walaupun terkenal, bahasa ini dikritik kerana dianggap terlalu kasar dan kurang ajar. Antara gabungan kata baru yang berasal dari bahasa Hindustan ini yang tersebar ke seluruh dunia adalah bindaas yang berasal dari bahasa Marathi. Bindaas membawa maksud tanpa rasa takut atau tenang. Ia dimasukkan ke dalam kamus bahasa Inggeris Oxford pada tahun 2005. Yang kedua adalah gandhigiri yang dicipta dalam filem Lage Raho Munna Bhai. Maksud asalnya adalah beg bimbit encik Gandhi. Tetapi maksud sebenarnya adalah pemikiran falsafah encik Gandhi atau Gandhisme. 

Industri filem Bollywood juga menyerap perkataan bahasa Marathi lain sepeti thaska, wakda, porgi, navri dan navrai. Banyak lagu Hindustan juga mengandungi kata serapan bahasa Marathi.