Apnā diperguna oleh penutur untuk menggantikan kata nama punyaan yang boleh jadi, hamārā atau terā apabila merujuk kepada orang yang sama sebagai subjek ayat.
Contoh Penggunaan
Merā pānī
Airku
Nampak jelas dan terus saja bukan? Ingat juga bahawa kata, pānī itu adalah kata berbentuk maskulin walaupun ia berakhir dengan bunyi -ī.
Kalau ingin berkata "aku minum air aku" macam mana? Siapakah subjek ayat itu? Subjek itu adalah "aku". Siapa pula yang mempunyai? Aku juga. Jadi, aku adalah orang yang mempunyai dan juga subjek ayat. Maka boleh juga guna apnā pānī.
Contoh Ayat
Main apnā pānī pitā hūṃ
Aku minum air aku (l)
Main apnā pānī pitī hūṃ
Aku minum air aku (p)