India Pra-Moden


Pada awal abad ke-16 masehi, India Utara berada di bawah pemerintahan orang Islam. Ia jatuh kembali ke bawah kekuasaan kuasa generasi baru pahlawan Asia Tengah.

Empayar Mughal yang terhasil dari kekuasaan orang Islam tidak memijak masyarakat tempatan yang diperintahnya. Mereka sebaliknya menyeimbangkan dan mengamankan rakyat melalui amalan-amalan pentadbiran. Mereka juga mengekalkan kelompok pemerintah elit wilayah dan memerintah secara lebih bersistematik, tersusun dan berpusat.

Mereka menggabungkan sistem puak ke dalam jati diri Islam, terutamanya semasa pemerintahan Akbar. Empayar Mughal menyatukan empayar mereka yang luas melalui kesetiaan kepada maharaja yang hampir mencapai status suci, yang ditonjolkan menerusi kebudayaan Parsi.

Dasar ekonomi Mughal berdasarkan kepada perladangan dan pemberian mandat pengutipan cukai menerusi mata wang perak. Hal ini membolehkan peladang dan karyawan memasuki pasaran yang lebih besar. Keamanan berterusan yang dikekalkan oleh empayar ini sehingga abad ke-17 masehi merupakan antara faktor ekonomi India berkembang. Kerajaan juga melindungi bidang kesenian seperti lukisan, tekstil, kesusasteraan selain daripada perladangan.

Kelompok masyarakat baru yang selari di utara dan barat India, misalnya Maratha, Rajput dan Sikh mendapat cita-cita ketenteraan dan pentadbiran mereka semasa zaman Mughal iaitu menerusi kerjasama, dan peluang untuk mereka diiktiraf serta pengalaman ketenteraan. Perdagangan berkembang semasa pemerintahan Mughal menimbulkan kelompok elit perdagangan dan elit politik baru yang mampu mengawal hal-ehwal mereka sendiri.   

Menjelang abad ke-18, dengan jaluran antara kekuasaan politik dan ekonomi yang menjadi kabur, muncul beberapa syarikat perdagangan Eropah, termasuklah Syarikat Hindia Timur, yang membuka pejabat seberang laut mereka di pelabuhan-pelabuhan. Syarikat Hindia Timur mengawal kawasan laut, punca alam lebih luas dan mempunyai latihan ketenteraan dan teknologi yang lebih maju. Ia mengembangkan lagi jaringan ketenteraannya yang menarik minat kelompok elit India. Ini juga antara penyebab Syarikat mendapat kuasa di rantau Bengal menjelang tahun 1765 selain menandingi syarikat-syarikat Eropah lain.

Sebab wilayah Bengal kaya dengan hasil alam dan sokongan elit tempatan, kekuatan tentera serta saiz ketenteraan mereka meningkat. Ia memudahkan Syarikat Hindia Timur menakluki banyak kawasan di India menjelang tahun 1820-an. India tidak lagi mengeksport barangan siap seperti dulunya, sebaliknya hanya menjadi pembekal bahan mentah kepada empayar British. Ramai sejarawan menganggap tempoh ini sebagai permulaannya zaman penjajahan orang Eropah di India.

Pada saat itu, kuasa ekonomi India dikurung oleh parlimen British. Ekonomi India dijadikan senjata bagi pentadbiran British. Syarikat Hindia Timur British tanpa disedari juga mula melibatkan diri dalam bidang lain seperti pendidikan, pembaharuan sosial dan kebudayaan.